Salam…
“ustaz, ada seorang kawan saya nie dia dah wat kesalahan zina.. and dia nak bertanggungjawab tetapi bg saya .. dia nie mana mampu kahwin lagi sebab masih belajar dan umur pun muda sangat baru 18 tahun.. patut ker dia buat pengakuan kepada ibu bapa kepada kekasihnya tentang kesalhan mereka dan meniggalkan pelajaran utk berkerja..“
Pertama sekali, bagi mereka yang telah terlanjur, hendaklah bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukannya itu.. Sbb dosa zina ni bukan kecik2.. tapi suatu dosa besar.. kesannya juga besar.. terutama bila wanita itu mengandung anak luar nikah yang membawa risiko dosa yg lain spt pengguguran janin atau pembuangan bayi.. Kalau bayi tu selamat dilahirkan, maka beliau akan membesar dalam keadaan kekurangan (takde nasab, tak bleh mewarisi dsb). Kesan hasil perzinaan ini akan menghantui sesiapa yg terlibat sampai ke mati..
Bila dah bertaubat sungguh2 serta menyesal dan tak nak mengulangi perbuatan itu lagi, maka ketika itu barulah fikirkan apa yang perlu dilakukan selepas itu.. Iaitu ketika pemikiran dah semakin tenang. Bila fikiran tak serabut, baru boleh memikir tindakan2 yang sewajarnya.. takde la sampai ke tahap nak terjun bangunan shopping complex..
Kena pastikan betul2 apa tindakan yang nak dibuat.. Terutama kalau mengambil keputusan untuk bernikah.. nikah ini perkara yg besar.. bukan setakat akad nikah hari ni dan kemudian esok bercerai. Sebab itu bab nikah ni, nak tak nak kena bincang dengan keluarga.. sbb keluarga itu yang akan menguruskan pernikahan (bab merisik, meminang dsb). Bukan tak boleh berbincang dengan member2, tapi member2 tu pun belum kahwin lagi.. mcm mana nak bagi nasihat berdasarkan pengalaman, ye tak?
Langkah pertama kalau dah mengambil keputusan untuk bernikah, adalah dengan memberitahu keluarga tentang perkara ini.. Kalau ada ibu, lebih baik bagitau ibu dulu.. sbb ibu ni lebih lembut hatinya dan lebih mudah dibawa berbincang.. Biar ibu yang bagitau kepada ayah.. insyaAllah, dengan skill ibu, ayah juga akan faham.. Lelaki kena bagitahu ibu bapanya.. dan perempuan kena bagitahu ibu bapanya.. Kalau lelaki yg bagitau ibu bapa pempuan, mau lebam lubang idung kena tumbuk..
Kemudian, baru bincangkan soal nak meminang dsb.. Dalam hal ini, kena ada kata putus kedua2 pihak yang nak menyatukan pasangan tadi.. Kalau satu pihak nak, satu lagi tak nak, mungkin akan jadi masalah lebih besar. Tambahan lagi kalau wanita itu masih di bawah umur dewasa (bawah 18 tahun).. Memang mudah2 je bapa perempuan tu nak buat report anaknya dirogol.. Padahal zina tu atas suka sama suka.. Kalau ikut undang2, kalau melakukan seks dengan gadis bawah umur, sekalipun atas kerelaan wanita itu, dianggap sebagai rogol (sila betulkan kalau tersilap fakta)..
Jangan buat tindakan sendiri (kahwin lari ke, kahwin lompat ke).. sbb masalah tu akan jadi lebih besar.. Jangan selesaikan masalah dengan masalah.
Soal lelaki itu masih belajar dan muda, itu soal kedua.. Sbb kalau betul dia nak bertanggungjawab (padahal sama2 kena bertanggungjawab, dah sama2 sukarela berzina.. lain la kalau kes rogol), maka beliau akan memikirkan bagaimana nak menyara keluarganya selepas itu.. kerja part-time ke.. Ramai je yg bernikah semasa belajar.. siang belajar, malam jual burger..
Apapun, jangan lupa minta petunjuk daripada Allah (istikharah) semoga Allah tunjukkan jalan terbaik.. Bila dah ada keputusan untuk bernikah, barulah rujuk kepada ibu bapa.. Tapi jangan ambil masa lama sangat.. Sbb ibu bapa ni, kalau kita bagitau awal, insyaAllah marahnya tu tak lama.. Kalau dah buncit perut baru nak bagitau, memang hancur la hati mak ayah.. mana dengan aibnya lagi..
Fikirkan pasal taubat tu dulu.. Itu yang perlu ditekankan.. jaga solat.. insyaAllah, Allah akan mudahkan segala urusan selepas itu.
0 Response to "USTAZ, saya pernah terlanjur jadi apa yang saya perlu buat? Saya buntu.."
Post a Comment