Ketika Tu Aku Masih Dalam PANTANG. Apa Yg LEMBAGA Tu Lakukan Mmg MENGEJUTKAN !!!


Ketika Tu Aku Masih Dalam PANTANG. Apa Yg LEMBAGA Tu Lakukan Mmg MENGEJUTKAN !!! | Makhluk halus ini amat suka mengganggu perempuan yang berada di dalam pantang kerana perempuan di dalam pantang masih ada nifas dan belum bersuci lagi maka makhluk ini suka. Lagi satu perempuan di dalam pantang sering di ganggu oleh jin dan iblis ini kerana perempuan lepas melahirkan semangatnya kurang kuat berbanding manusia normal yang lain.
Mari kita baca dan lihat jenis gangguan perempuan dalam pantang ini..
Jenis Gangguan Perempuan Dalam Pantang
Assalamualaikum semua, saya nak berkongsi cerita seram yang terjadi pada saya sendiri, kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lepas. Masa tu saya dalam pantang anak ke-2 saya. Masa dalam pantang saya akan sentiasa tido diruang tamu bersama suami, anak sulung saya yang berusia setahun 9bln dan abah say. Saya tido betul² rapat ke dinding bilik adik perempuan saya. Memang badan saya dapat rasakan dinding bilik adik saya. Orang tua² kata masa dalam pantang dan masih ada nifas jangan tido terlentang, makhluk halus ni akan mudah mengganggu dan masuk dalam badan kita.
Lantai batu marmar dari dapur ke ruang tamu rumah saya ni pecah dan bila berjalan akan ada bunyi marmar tu berlaga. saya ni jenis kalau tido macam mana nyenyak sekali pun kalau ada bunyi orang bukak pintu sekali pun saya akan sedar. Nak dijadikan cerita masa saya tengah tido saya dapat rasakan macam ada orang berjalan mengelilingi tempat tido saya ni. Saya betul² dapat rasa macam ada kibasan kain disetiap hujung kaki kiri kanan dan kepala saya.
Dalam saya masih memejam mata masa tu saya terfikir, “sapa pulak yang dok berjalan keliling aku nie?” Dalam pada mata saya masih terpejam saya cuba gerakkan tangan kiri saya untuk pastikan yang saya masih tido betul² dekat dengan dinding. Sah, tangan saya gerakkan cuma ada ruang seinci je dah dapat merasakan dinding bilik adik saya. Dah tu, sapa pulak yang dok berjalan mengelilingi saya tadi? Kalau nak diikutkan memang takde ruang langsung sebab badan saya betul² rapat dengan dinding tu.
Saya mula rasa tak sedap hati. Dalam masa saya pejam mata dan berfikir tu tiba² saya rasa macam ada orang menindih atas badan saya. Berat sangat sampai saya tak boleh nak bernafas. Saya cuba bukak mata nak tengok apa benda yang ada atas badan saya tapi mata saya tak boleh nak bukak. Puas saya cuba tetap tak boleh. Saya cuba nak bersuara panggil abah saya, tapi suara saya macam tersekat. Saya tak boleh nak bersuara, saya cuba untuk keluar kan suara panggil abah saya tapi macam ada benda yang sekat suara saya.
Dalam pada masa saya nak besuara tu tiba² saya dapat rasakan ada muka mengadap betul² dengan muka saya. Saya dapat rasakan nafas dari muka tu dan dalam masa yang sama saya terdengar suara berbunyi “hrmmmm”. Suara tu garau sangat, saya dah mula rasa takut saya cuba sebut “allah huakbar” berulangkali saya cuba sambil menolak benda yang menindih badan saya. Akhirnya saya dapat jugak menyebut allah huakbar serentak dengan itu saya dapat rasakan badan saya mulai ringan. Saya terus bukak mata dan lihat sekeliling ruang tamu, dalam keadaan ketakutan tu saya cuba bangun untuk pastikan posisi tido saya tadi. Memang kompom saya tido rapat kedinding dan suami, anak dan abah saya sedang nyenyak tido.
Esoknya saya terus cerita pada mak saya tentang kejadian yang saya alami malam tadi. Mak saya terkejut dan bertanya keadaan saya. Mak saya tanya adakah malam tadi saya tido terlentang? Saya cakap ye sebab badan saya lenguh tido mengiring. Mak saya kata memang benda tu suka kacau perempuan dalam pantang tido terlentang. Nasib baik benda tu tak ganggu baby saya kalau tak lagi bermasalah.

Kesimpulan Kisah Gangguan Perempuan Dalam Pantang
Terima kasih sekali lagi pada Kakcik Mohd Noor kerana sudi berkongsi pengalaman mengenai gangguan yang beliau alami semasa berpantang anak keduanya. Ini merupakan salah satu jenis gangguan perempuan dalam pantang yang sering berlaku. Pesanan daripada orang tua mengenai tido mengiring itu boleh juga di amalkan untuk mengelakkan daripada jenis gangguan yang sebegini. Apa yang penting kita mesti kuatkan semangat untuk melawan daripada segala jenis gangguan jin dan syaitan ini. Jika kita kuat semangat In Shaa Allah makhluk halus ini pun akan gerun dengan kita.
KREDIT e berita

0 Response to "Ketika Tu Aku Masih Dalam PANTANG. Apa Yg LEMBAGA Tu Lakukan Mmg MENGEJUTKAN !!!"

Post a Comment