ALLAHU...Jangan Datang Lambat Ke Masjid Untuk Solat Jumaat...INILAH MANFAAT DAN GANJARANNYA YANG SANGAT BESAR

ALLAHU...Jangan Datang Lambat Ke Masjid Untuk Solat Jumaat...INILAH MANFAAT DAN GANJARANNYA YANG SANGAT BESAR


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Berniaga di masjid.
Pergi awal ke masjid untuk solat Jumaat sangat dianjurkan dan menjadi kebiasaan para salafush soleh berpagi-pagi ke masjid. Hal ini dikuatkan oleh hadis berikut:
Diriwayatkan daripada Aus bin Aus radliyallah ‘anhu, berkata, “Aku mendengar Rasulullah  bersabda:

مَنْ غَسَّلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاغْتَسَلَ ثُمَّ بَكَّرَ وَابْتَكَرَ وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ وَدَنَا مِنْ الْإِمَامِ فَاسْتَمَعَ وَلَمْ يَلْغُ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ عَمَلُ سَنَةٍ أَجْرُ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا

“Sesiapa mandi pada hari Jumaat, berangkat lebih awal (ke masjid), berjalan kaki dan tidak berkenderaan, berdekatan imam dan mendengar khutbahnya serta tidak berbuat lagha (sia-sia), maka setiap dari langkah yang ditempuhnya dia akan mendapatkan pahala puasa dan qiyamulail setahun.” (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1077, al-Nasai no. 1364 Ahmad no. 15585)
Hadis di atas menjelaskan bahawa berangkat awal ke masjid menjadi syarat untuk mendapatkan keutamaan pahala solat Jumaat dengan sempurna. Dan berangkatnya ke masjid disunnahkan dengan berjalan kaki kerana itu Imam al Nasai dan al-Baihaqi membuat bab khusus dalam kitab mereka, “Keutamaan berjalan kaki untuk solat Jumaat.”
.
Abu Syamah berkata, “Pada abad pertama, setelah terbit fajar jalan-jalan kelihatan penuh dengan manusia. Mereka berjalan menuju ke masjid jami ‘seperti hari raya, hingga akhirnya kebiasaan itu hilang.” Lalu dikatakan, “Bid’ah pertama yang dilakukan dalam Islam adalah tidak berangkat pagi-pagi menuju ke masjid.” (Dinukil dari Akhtha ‘al mushalliin: Kesalahan-kesalahan dalam solat, Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, hal. 236)
Nabi ﷺ bersabda,

مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

“Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian datang di waktu yang pertama, ia seperti berkorban seekor unta. Sesiapa yang datang di waktu yang kedua, maka ia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang datang di waktu yang ketiga, ia seperti berkorban seekor kibas (kambing ). Sesiapa yang datang di waktu yang keempat, ia seperti berkorban seekor ayam. Dan Sesiapa yang datang di waktu yang kelima, maka ia seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar (dan memulakan khutbah), malaikat hadir dan ikut mendengar zikir (khutbah).” (Hadis Riwayat Muslim no. 850).
.
Dengan kata lain, para malaikat menutup buku catatan mereka dan tidak mencatat tambahan pahala bagi orang-orang yang datang dan masuk ke masjid setelah imam naik mimbar.
Para malaikat menutup buku catatan mereka dan tidak mencatat tambahan pahala bagi orang-orang yang datang dan masuk ke masjid setelah imam naik mimbar.
.
Imam meriwayatkan, dan dihasankan oleh Syaikh al Albani, dari Abu Ghalib, dari Abu Umamah, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Para Malaikat duduk pada hari Jumaat di depan pintu masjid dengan membawa buku nota untuk mencatat (orang-orang yang masuk masjid). Jika imam keluar (dari rumahnya untuk solat Jumaat), maka buku catatan itu dilipat.”
Kemudian Abu Ghalib bertanya, “Wahai Abu Umamah, bukankah orang yang datang sesudah imam keluar mendapat Jumaat?” Ia menjawab, “Tentu! Tetapi ia tidak termsuk golongan yang dicatat dalam buku catatan.”
.
Maka sikap memandang remeh mengenai kehadiran dan datang awal ke masjid bagi melaksanakan solat Jumaat hendaklah dijauhi oleh setiap muslim. Janganlah sampai perkara yang sering dianggap kecil dan remah di atas menghilangkan kesempatan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala solat Jumaat yang hanya boleh diraih seminggu sekali.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

0 Response to "ALLAHU...Jangan Datang Lambat Ke Masjid Untuk Solat Jumaat...INILAH MANFAAT DAN GANJARANNYA YANG SANGAT BESAR"

Post a Comment