7 Jenis balasan kepada isteri yang derhaka kepada suami





Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami. Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya dikhuatiri mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri derhaka.

1. Balasan wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suami
Rasulullah saw bersabda : ” Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka terdiri daripada wanita.” Mengapa demian ya Rasullulah ?

Rasulullah menjawab, “Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun, dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
(Riwayat Imam Bukhari)

2. Balasan wanita yang suka menyakiti hati suami
Rasulullah saw bersabda : “Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”

3. Balasan wanita yang bermasam muka terhadap suami
Rasulullah saw bersabda : ” Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita itu dimurkai Allah swt sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.” (al-hadis)

4. Balasan wanita yang lari dari rumah
Rasulullah saw bersabda : “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya(meminta maaf)(Riwayat Hassan)

5. Balasan wanita yang berhias bukan untuk suami
Rasulullah saw bersabda : “Perempuan yang mengenakan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami)adalah seumpama gelap-gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya”.

6. Balasan wanita yang meminta cerai daripada suaminya
Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

7. Balasan wanita yang keluar rumah tanpa izin suami
Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya, ‘Apakah hak suami ke atas isteri?’ Jawab baginda, ” Tunaikanlah hajat suami sekalipun engkau berada di belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami. Keluar dari rumah juga memerlukan izinnya. Jika keluar juga akan dilaknat malaikat rahmat dan malaikat azab sehinggalah dia kembali ke rumahnya”.

Semoga point-point yang ditekankan ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua, khususnya kepada kaum hawa yang bergelar Isteri.

1 Response to "7 Jenis balasan kepada isteri yang derhaka kepada suami"

  1. Seorg isteri yg solehah dan menyejukkan mata bila dilihat dan bila bercakap, mmg sukar dijumpai diakhir zaman ini.

    ReplyDelete