PANDUAN SOLAT : BATAL SOLAT JIKA BERSIN KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH?? RAMAI YANG TIDAK TAHU TENTANG HAL INI..


Boleh tak panel jelaskan perihal sedikit apabila bersin di dlm solat (contoh: imam sedang membaca fatihah, adakah perlu diulang fatihah dan teruskan atau macam mana) ..

jawapan:

wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini.
Jika berlakunya bersin ketika solat;

a. Anda dibenarkan mengucapkan "Alhamdulillah", sebagaimana peristiwa Muawiyah ibn al-Hakam ra. apabila bersolat dengan Nabi seorang lelaki bersin dan berkata: "Alhamdulillah" dan Muawiyah ra. menjawab "Yarhamuk Allah" (يرحمك الله). [Hadith Riwayat Muslim # 537, Abu Daud # 930].

b. Jika seseorang itu membaca surah dan bersin; contoh al-Fatihah, jika dia masih belum menghabiskan ayat tersebut, dia cuma perlu mengulangi ayat tersebut sahaja. Tidak perlu mengulangi keseluruhan surah al-Fatihah.

c. Andaikata bersin atau batuk atau tangisannya (si Imam) itu tidak dapat dikawal semasa membaca surah al-Fatihah, maka menurut Abu Walid al-Baaji, Imam hendaklah berundur ke belakang, dan makmum dibekangnya pula menjadi Imam. [Al-Muntaqa Sharh al-Muwatta ', 1/290, Lihat juga al-Mughni, 1/944]. Ini disebabkan 
 bacaan al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat.

d. Didalam kes (c), jika Imam tersebut sedang membaca surah selain dari al-Fatihah, dia boleh menghentikan bacaan dan terus ruku '. Ini adalah kerana membaca surah selepas al-Fatihah hukumnya sunat. Diriwayatkan daripada Abdullah ibn al-Saa'ib ra. berkata: 

صلى لنا النبي صلى الله عليه وسلم الصبح بمكة, فاستفتح سورة المؤمنين, حتى جاء ذكر موسى وهارون, أخذت النبي صلى الله عليه وسلم سعلة فركع
"Rasulullah mengetuai kami dalam solat Subuh di Makkah, dan dia membaca surah al-Mu'minun, sehingga sampai kepada ayat yang menyebut Musa dan Haron,
Rasulullah batuk, maka dia pun ruku ' "[Hadith Riwayat Muslim 455]

Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini berkata: "Hadith ini menunjukkan bahawa adalah dibenarkan memberhentikan bacaan dan tidaklah makruh melakukan demikian, jika seseorang berhenti dengan sebab". [Sharh Muslim, 4/177].

0 Response to "PANDUAN SOLAT : BATAL SOLAT JIKA BERSIN KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH?? RAMAI YANG TIDAK TAHU TENTANG HAL INI.."

Post a Comment