Bila dah jadi, apa saja ibu sanggup buat! Janji anak sihat dan dapat rasa nikmat bahagia seperti anak-anak yang lain. Realitinya, ibu mana yang sanggup tengok anak menderita menahan sakit, tetapi inilah dugaan buat Puan Aida Tamrin Aida apabila anaknya disahkan menghidap leukimia.
Lagi sedih dia terpaksa merayu pada orang ramai dek kerana tidak mampu untuk membiayai kos rawatan anaknya. Kalau sudi, tolonglah bantu dan jangan mencemuh. Paling senang untuk ringankan beban ibu ini, viralkan agar ada orang yang sudi menghulur. Untuk cerita penuh, ikuti perkongsian dari hati ibu ini sendiri...
Salam rakyat Malaysia. Saya ingin memohon sedikit perhatian dari kalian untuk menghulurkan bantuan kepada anak saya Fitri Iskandar yg menghidapi leukimia peringkat 3.

Kami memerlukan kira-kira RM20K untuk menyelesaikan bayaran tertunggak dengan sebuah hospital separa swasta seterusnya memohon untuk memindahkan Fitri ke hospital kerajaan. Kes Fitri terpaksa dibawa ke hospital tersebut kerana tiada kekosongan di hospital kerajaan semasa dia disahkan menghidap leukimia tahun lepas.
Demi menyelamatkan nyawanya, kami terpaksa juga menghantarnya ke hospital tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak mampu untuk membiayai keseluruhan bil rawatannya dan hutang tertunggak sudah mencecah RM20K.
Sebelum ini pihak kami ada meminta bantuan juga tetapi hanya mencukupi untuk pembedahan matanya sahaja. Bantuan dari JKM sudah dimohon tetapi masih tiada jawapan. Kami berharap ada pihak yg sudi membantu kami. Segala budi baik kalian kami dahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Boleh hubungi saya ditalian - 0123817625

Akaun Maybank: 512044529481

Akaun Cimb: 7612998000 Zuraida Mohd Tamrin