UNITED KINGDOM - BRITAIN. Pakar senjata kimia Britain mendakwa penjelasan Rusia mengenai serangan udara gas di Syria yang mengorbankan 70 orang awam termasuk 10 kanak-kanak adalah 'tidak kukuh'.
"Saya rasa ia (penjelasan Rusia) adalah khayalan dan tidak syak lagi Rusia cuba lindung sekutu mereka (Bashar al-Assad)," kata Kolonel Hamish de Bretton-Gordon kepada Radio 4 BBC.
Dalam kejadian serangan udara oleh tentera rejim berkenaan, Rusia mendakwa serangan tersebut mengenai sebuah 'gudang milik pengganas yang menyimpan senjata kimia'.
Siasatan awal mendapati gas tersebut kemungkinan adalah gas saraf jenis sarin yang dikategorikan sebagai senjata pemusnah massa (Weapon of mass destruction/WMD).

Lebih mengejutkan, sebuah hospital yang merawat mangsa serangan tersebut juga dibom oleh tentera Assad pada hari sama.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan mangsa serangan menunjukkan simptom yang konsisten dengan mangsa yang terdedah kepada gas saraf.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Luar Britain, Boris Johnson berkata, rejim Assad bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
"Semua bukti yang ada dengan jelas menunjukkan rejim Assad yang melakukannya, dan mereka tahu mereka menggunakan senjata pemusnah yang diharamkan dalam serangan kejam terhadap rakyat mereka sendiri," kata Boris dalam sebuah mesyuarat