Perlukah Lakukan Sujud Sahwi Jika Terlupa Rakaat @ Terlupa Doa Qunut?? Ramai Yang Silap & Tidak Tahu Perkara Ini...



Bacaan Doa Qunut Shalat Subuh dan Cara Sujud Syahwi Jika Lupa Baca Doa Qunut Shalat Subuh
[sociallocker]Berikut ini adalah bunyi bacaan doa qunut Subuh dalam tulisan Arab dan Latin lengkap dengan terjemahannya. Mayarakat Muslim secara umum sudah mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu shalat subuh.
Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab’ad (sunat yang amat sangat dianjurkan dan hampir wajib).

Bacaan Doa qunut :


bacaan doa qunut dan cara sujud syahwi
Gambar di atas ini adalah bacaan doa qunut Subuh dalam tulisan Arab.

Bacaan Doa Qunut Subuh Menuruut Ejaan Huruf Latin:

Alloh hummah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammad. Wa’ala alihi wasahbihi Wasallam.

Maksud atau art dari bacaan doa qunut:

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan amin sahaja.
Kalimah kalimah bacaan doa qunut yang perlu diribah tersebut ialah :
“Allah humah dini” dirubah kepada “Allah humah dina”
“Wa’a fini ” dirubah kepada “Wa’a fina ”
“Watawallani” dirubah kepada “Watawallana”
“Wabarikli” dirubah kepada “Wabariklana”
“Waqinii” dirubah kepada “Waqina”

BAGAIMANA JIKA TERLUPA UNTUK MELAFAZKAN BACAAN DOA QUNUT?

Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika sholat subuh yaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK sholat kita?
Sholat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba’ad.

CARA SUJUD SYAHWI

Cara Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
Cara sujud Syahwi yaitu melakukan sujud sebanyak dua kali.
Pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah membaca tasbih ini:
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Demikian pembahasan cara sujud syahwi dan bacaan doa qunut.[/sociallocker]

0 Response to "Perlukah Lakukan Sujud Sahwi Jika Terlupa Rakaat @ Terlupa Doa Qunut?? Ramai Yang Silap & Tidak Tahu Perkara Ini..."

Post a Comment