CARA MUDAH MELAKSANAKAN SOLAT TAUBAT.. RAMAI YANG TIDAK TAHU!!!

Solat Taubat

SOLAT TAUBAT

Pintu taubat sentiasa terbuka seluas-luasnya untuk orang yang ingin bertaubat dan menginsafi segala perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Allah SWT akan mengampunkan hambaNya selagi hambaNya percaya bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT”
Solat taubat dilakukan apabila seseorang telah melakukan sesuatu dosa, kesalahan atau telah melanggar hukum agama Allah dan ingin memohon keampunan dari Allah SWT agar dapat mengampunkan segala dosa-dosa nya itu, tidak kira dosa besar atau dosa kecil. Seseorang yang telah melakukan solat sunat taubat haruslah mempunyai ciri-ciri di bawah:
  • Ikhlas dalam taubat nya
  • Menyesali segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  • Tekad untuk tidak mengulangi segala perbuatan dosa nya lagi selama-lamanya.
  • Memohon ampun dan zikir kepada Allah setiap masa


CaRA MUDAH MELAKSANAKAN SOLAT TAUBAT

Cara solat taubat sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa sahaja dengan memberi salam di setiap dua rakaat. Adalah disarankan solat sunat taubat dilakukan pada waktu tengah malam atau sepertiga malam ketika suasananya lebih sunyi dan tenang.
1)Lafaz Niat:
Solat Taubat | TEGUH
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”
2)Bacaan ketika solat:
Pada rakaat pertama: Baca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
Solat Taubat | TEGUH
Pada rakaat kedua: Baca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat Taubat | TEGUH
Banyakkan berdoa setiap kali anda bersujud. 
“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah do’a ketika itu.” (HR. Muslim no. 482, dari Abu Hurairah)
3)Bertasbih:
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, sebelum tahiyat akhir, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Solat Taubat | TEGUH
“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim”
4)Memberi salam.
5)Beristighfar:
Bacalah istighfar di bawah ini sebanyak 10 atau 100 kali
Solat Taubat | TEGUH
“Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.”
Bacalah istighfar Tauhid di bawah ini sebanyak 10 atau 100 kali
Solat Taubat | TEGUH
“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.”
Bacalah Penghulu istighfar sebanyak 3 kali
 Solat Taubat | TEGUH
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”
6)Membaca doa taubat:
Baca doa memohon keampunan dari Allah SWT, berdoalah dengan bersungguh-sungguh untuk meminta diberi keampunan sepenuhnya oleh Allah SWT terhadap segala dosa yang telah kita lakukan. Berdoalah dengan menaruh seluruh harapan kita di dalam taubat ini. Berdoa agar kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kita dan jangan mengulangi dosa lampau.

0 Response to "CARA MUDAH MELAKSANAKAN SOLAT TAUBAT.. RAMAI YANG TIDAK TAHU!!!"

Post a Comment